Dengan kondisi seperti ini buat kita ‘terjaga’ dan lebih fokus – Pau Marti

94

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Pau Marti kurang berpuas hati dengan keadaan padang apabila mereka terpaksa bermain dalam keadaan padang becak namun beliau berkata ia menganggap perkara itu sebagai satu ‘wake-up call’ untuk mereka.

“Ia bagus untuk bermain di tempat lawan dan bermain dalam kondisi seperti ini membuatkan kita ‘terjaga’ yang mana ia membuatkan kita lebih fokus dari mula,”

katanya.

Pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Laos di Bangkok, Thailand semalam, skuad Harimau Malaya berjaya menang 3-1 ke atas pasukan Loas.


Mengulas lanjut mengenai perlawanan semalam Pau Marti mengakui pemainnya lambat untuk menyesuaikan diri dengan kondisi padang bagaimanapun padang separuh masa kedua mereka tampil dengan permainan lebih baik.

“Agak memalukan pada separuh masa pertama dengan keadaan padang seperti ini kerana saya mengharapkan perlawanan ditunda buat sementara itu tetapi tidak, jadi kita terpaksa menyesuaikan diri.

Bagaimanapun ia membuatkan kita terpaksa ambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang dan menukar corak permainan tapi pada separuh masa kedua apabila keadaan padang semakin baik kami bermain dengan lebih baik dengan menguasai bola dan berjaya menjaringkan gol.”

Pau Marti bagaimanapun berkata pasukan perlu tingkatkan ketajaman mereka apabila mendapat peluang di hadapan gawang untuk menjaringkan gol dari permainan terbuka.

“Kita perlu perbaiki dari segi penyudah kerana kami menjaringkan gol menerusi sepakan penjuru dan penalti tapi kita terlepas menjaringkan gol menerusi permainan terbuka.”

Skuad negara akan menjalani sesi pemulihan sehari di Bangkok sebelum terbang ke India untuk mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan menentang India pada Isnin ini.

“India akan menjadi lawan yang cukup mencabar tambahan bermain di tempat lawan dan India juga sedang mencari kemenangan selepas beberapa perlawanan jadi kita perlu bersiap sedia nanti.”