Josh Brownhill semakin hampir menyarung jersi Harimau Malaya?

1,151

Sejak kebelakangan ini bola sepak tanah air kecoh dengan khabar angin mengenai beberapa pemain berpengkalan di Eropah yang mempunyai susur galur Malaysia bakal memperkuatkan pasukan kebangsaan Harimau Malaya.

Salah seorang pemain yang menjadi perhatian adalah kapten kelab Burnley FC iaitu Josh Brownhill yang mana pemain itu sendiri sebelum ini pernah memaklumkan bahawa beliau mempunyai darah Malaysia melalui neneknya.


Bagaimanapun, masih ramai yang skeptikal kerana belum ada sebarang pengesahan mengenai perkara itu ketika itu.

Namun semakan yang dilakukan di laman sesawang transfermarkt telah mengemaskini di mana ia telah menyatakan bahawa Brownhill layak untuk bermain untuk Malaysia melalui neneknya.

Untuk pengetahuan semua, laman sesawang transfermarkt merupakan antara platform yang menjadi rujukan banyak pihak terutamanya dalam industri sukan bola sepak.

Apa pun sama-sama kita tunggu lihat samada ia akan menjadi kenyataan atau tidak kerana pada 15 Disember ini ada satu kejutan akan berlaku yang mana ia dikatakan berkaitan dengan pasukan bola sepak kebangsaan.

Sementara itu, untuk makluman Brownhill kini sedang bermain dalam kancah EFL Championship yang merupakan liga dibawah Premier League dan untuk musim ini beliau telah turun beraksi dalam 16 perlawanan dengan menjaringkan lima gol dan satu bantuan gol.