Dengan kualiti yang kita ada dan bermain di tempat sendiri kita perlu dapatkan 3 mata – Alvin Fortes
Pemain import sensasi Selangor FC, Alvin Fortes memberitahu bahawa mereka perlu memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka pada perlawanan AFC Champions League Two (ACL 2) menentang Muangthong United FC esok.
Pemain import sensasi Selangor FC, Alvin Fortes memberitahu bahawa mereka perlu memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka pada perlawanan AFC Champions League Two (ACL 2) menentang Muangthong United FC esok.
katanya.
Selangor akan turun beraksi pada perlawanan kelima Kumpulan H menentang Muangthong United yang akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) esok untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka bagi memastikan peluang mereka untuk mara ke pusingan 16 terbaik.
Dalam pada itu, Fortes menegaskan bahawa tiada masalah buat dirinya mahu pun rakan sepasukan untuk menyesuaikan diri dengan ketua jurulatih baharu Katsuhito Kinoshi.
“Sudah tentunya semua pemain teruja dengan kehadiran jurulatih baharu. Setiap jurulatih mempunyai kelebihan tersendiri jadi apa yang penting adalah untuk mendengar arahan oleh jurulatih.”
Tambahnya lagi, fokus pasukan ketika ini adalah untuk terus dapatkan keputusan positif untuk membuatkan The Red Giants lebih besar.
Sementara itu, Selangor kini berada di kedudukan kedua kumpulan dengan tujuh mata selepas empat perlawanan, hanya dua mata dibelakang pendahulu Jeonbuk Hyundai Motors.
Hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke pusingan 16 terbaik.