Faizzzwan tak kisah ‘downgrade’ main Liga M3
Bekas pemain Liga Perdana, Muhammad Faizzzwan tiada masalah untuk downgrade apabila kita bermain bersama Manjung City FC yang beraksi dalam saingan Liga M3.
“Jika mahu kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional kita kena mula dari bawah, jadi tak jadi masalah untuk saya downgrade dari Liga Perdana ke Liga M3.
Liga M3 akan menjadi pentas buat saya dan pemain-pemain muda lain memperlihatkan bakat untuk naik ke Liga Super,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Beliau yang memakai lilitan kapten yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya biarpun rata-rata pemain masih muda.
Ini kerana baginya pemain-pemain muda ini mempunyai semangat juang yang cukup tinggi selain bertenaga sekaligus memperlihatkan corak permainan yang cukup menarik.
Pada perlawanan pertama mereka, Manjung telah berjaya menewaskan kelab Imigresen FC 3-1.
Sementara itu, pemain pertahanan Muhammad Faris menyuarakan keyakinannya dengan rakan sepasukan dan merasakan mereka mampu naik ke Liga Perdana.
“Saya rasa yakin dengan rakan sepasukan dan mampu ke Liga Perdana kerana kami mempunyai semangat yang tinggi untuk menjadi juara.
Kemenangan ke atas Imigresen juga membuktikan kemampuan kami untuk menjadi pesaing hebat dalam Liga M3.”
Sementara itu, Faris juga berpendapat ketiadaan pemain import dalam Liga M3 memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan untuk memperlihatkan kehebatan mereka sekaligus dapat mempersiapkan diri jika mendapat peluang beraksi di Liga Perdana atau Liga Super.