Pengurusan perlu cari jalan penyelesaian segera! Pemain tak patut berada dalam situasi ini – Sony Norde

206

Ketua pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde berharap agar pihak pengurusan tertinggi dapat mencari jalan penyelesaian dengan secepat mungkin berhubung masalah tunggakan gaji yang parah melanda pasukan ketika ini.

Menurut Sony, pemain-pemain sudah memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan oleh itu mereka tidak sepatutnya berada dalam situasi sukar ini.


“Saya harap pihak pengurusan dapat membuat sesuatu untuk cari jalan penyelesaian dengan segera kerana pemain tidak sepatutnya berada dalam situasi sukar ini.

Kesemua pemain telah berjuang dan sentiasa berikan yang terbaik jadi mereka patut dapat lebih baik dari ini,”

katanya.

Sony berkata demikian selepas tamat perlawanan kedua Piala Malaysia 2024 yang menyaksikan Kedah tewas 4-1 (6-4) secara agregat kepada KL City FC dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam tadi.

Dalam pada itu, Sony turut memberitahu bahawa perlawanan menentang KL City adalah perlawanan terakhirnya bersama Sang Kenari berikutan beliau telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya.

“Sekarang saya perlu tinggalkan pasukan dan ini adalah perlawanan terakhir saya jadi saya ucapkan semoga maju jaya buat Kedah dan peminat terus menyokong pasukan.”

Sementara itu, Sony turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyokong Hijau Kuning yang sentiasa menyokongnya dan berasa cukup bangga dapat menyarung jersi Kedah.

Please rotate your device