First Pride Malaysia kini rakan snek utama Selangor FC

44

First Pride Malaysia, jenama nugget terkenal di bawah Tyson Foods Malaysia, telah mengumumkan kerjasama menarik sebagai Rakan Snek Utama Selangor FC.

Perkongsian ini bertujuan meningkatkan pengalaman peminat bola sepak dengan menyediakan nugget berasaskan ayam halal berkualiti tinggi semasa perlawanan berlangsung di Stadium MBPJ.


Dalam usaha memperkukuhkan hubungan dengan komuniti bola sepak tempatan, nugget First Pride kini tersedia di gerai FAS Food, memberikan pilihan snek kepada peminat sambil menyokong pasukan kesayangan mereka. Ini menjadikan hari perlawanan bukan sahaja penuh aksi tetapi juga lebih menyeronokkan.

“Bola sepak menyatukan semua orang. Ketika peminat bersorak selepas gol Faisal Halim, itulah detik istimewa yang kami ingin raikan bersama Selangor FC. Sebagai contoh, apabila Faisal Halim menjaringkan gol, semua peminat Selangor FC berkongsi detik kegembiraan itu, sama ada menonton di rumah atau secara langsung di stadium.

Kami yakin pelaburan kami dalam kelab ini akan dimanfaatkan dalam pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Selangor FC, sama ada untuk pasukan utama atau pembangunan belia, di mana mereka bertujuan untuk mengenal pasti generasi bintang masa hadapan,”

ujar Pengarah Pemasaran First Pride Malaysia, Freddie Wong.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC iaitu Dr. Johan Kamal Hamidon turut teruja dengan kerjasama ini yang mana ia disifatkan bukan lebih daripada sekadar makanan.

“Kami amat gembira dan mengalu-alukan First Pride Malaysia ke dalam keluarga Selangor FC. Kerjasama ini lebih daripada sekadar makanan; ia juga mengenai memberi pilihan kepada peminat kami untuk menikmati nugget protein halal yang berkualiti tinggi. Bersama-sama, kami teruja untuk membawa pilihan makanan inovatif kepada komuniti Selangor FC.”

Tidak hanya sebagai snek di stadium, kerjasama ini akan turut melibatkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk:

  • Sesi bersama pemain utama Selangor FC.
  • Hadiah tiket perlawanan.
  • Inisiatif lain untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti penyokong.

Perkongsian ini dijangka menjadikan setiap perlawanan lebih bermakna, membolehkan peminat menikmati makanan lazat sambil meraikan semangat bola sepak.