3 Pemain Akademi Bolasepak Felda dijemput untuk jalani latihan bersama kelab Levante di Sepanyol

272

Akademi Bolasepak FELDA cemerlang di Kejohanan Bolasepak Antarabangsa Bali 2024

Biarpun kelab bola sepak Felda United FC yang pernah mewarnai kancah bola sepak tanah air dalam saingan Liga Malaysia sudah terkubur, namun Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) tidak pernah hilang dari dunia bola sepak.


Felda yang kini memberi fokus pada program pembangunan akar umbi menerusi Akademi Bolasepak Felda (ABF) telah membuahkan hasil apabila pasukan bawah 15 tahun mereka telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila berjaya menjuarai Kejohanan Bolasepak Antarabangsa Bali 2024 baru-baru ini.

Kejohanan yang berlangsung dari 27 November hingga 4 Disember lalu di Bali, Indonesia turut menyaksikan tiga pemain ABF berjaya merangkul anugerah iaitu Anugerah Penjaga Gol Terbaik : Muhammad Haziq Bin Mazlan (Cucu Peneroka FELDA Tun Ghaffar), Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik : Tengku Aqif Ziqree Bin Tengku Syafarin (Cucu Peneroka FELDA Mengkawang) dan Anugerah Pemain Tengah Terbaik : Putera Mikael Bin Muhamad Izham (Cucu Peneroka FELDA Bukit Kuantan).

Selain tiga anugerah, seramai tiga pemain ABF turut dijemput untuk menyertai latihan selama dua minggu di Sepanyol bersama kelab Levante, Valencia.

Tiga pemain tersebut adalah Tuan Afiq Hafizi Bin Tuan Azman, Putera Mikael Bin Muhamad Izham dan Muhammad Ammar Haziq Bin Mohd Fazir.

Mungkin satu hari nanti kita akan dapat melihat kemunculan semula Felda United dalam saingan liga profesional negara? Sama-sama kita tunggu dan lihat.