Belum lancar, peminat sudah ‘complain’ kualiti jersi Terengganu FC

7,359

Jika dahulu rata-rata peminat bola sepak tanah air hanya menanti pelancaran jersi kelab bola sepak di luar negara, namun kini peminat mula beralih perhatian kepada pelancaran jersi pasukan Liga Malaysia pula.

Ia dibuktikan apabila jualan jersi beberapa pasukan yang mempunyai peminat besar habis terjual dalam tempoh singkat sahaja kerana teruja dengan rekaan menarik yang menerapkan elemen pasukan itu dalam jersi mereka.


Musim ini juga sama apabila peminat teruja menanti pelancaran jersi pasukan kegemaran mereka dilancarkan, namun lain pula yang berlaku pada peminat Terengganu FC (TFC) apabila salah seorang daripada mereka meluahkan ketidakpuasan hati.

Menerusi satu Tweet daripada pengguna akauan Haalang mendedahkan dia mendapat maklumat mengenai jersi TFC pada musim ini dikatakan menarik tetapi tidak berkualiti.

“Menjelang pelancaran, dapat info jersi lawa. Tapi kain macam natang (buruk),” tulisnya.

Seorang lagi pengguna Twitter iaitu Rizal Adnan pula mempersoalkan logo penaja yang diletakkan di belakang jersi.

Manakala seorang lagi pengguna Piang Shankly pula berkata jersi TFC baru kali ini tiada identiti.

Buat masa ini tiada pengesahan dapat dibuat, jadi peminat perlu tunggu pelancaran rasmi jersi TFC nanti.

Musim ini TFC akan memakai jersi tajaan Umbro dan berdasarkan kit latihan baru-baru ini, ramai yang memuji rekaan itu.

Ketika ini beberapa pasukan Liga Super sudah pun melancarkan jersi mereka seperti KL City FC, Sabah FC, Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dari empat pasukan yang sudah melancarkan jersi mereka, jersi pasukan KL menjadi tumpuan peminat tetapi bukan kerana menarik tapi sebaliknya.

Untuk musim ini, KL tidak lagi ditaja oleh Puma sebaliknya oleh HNDRD. Namun apa yang membuatkan peminat kecewa adalah rekaan jersi untuk musim ini dilihat seperti hampir sama dengan musim lalu.

Pasukan lain lagi seperti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Negeri Sembilan FC (NSFC), Penang FC, Sri Pahang FC dan beberapa lagi dijangka akan melancarkan jersi mereka dalam masa terdekat ini.

Jadi jersi pasukan manakah paling cantik pada musim ini? Sama-sama kita tunggu kesemua pasukan lancarkan jersi nanti.