Baru sahaja dilancarkan, Kelantan Red Warrior sudah terkena tempias kontroversi penggantungan KAFA

451

eminat bola sepak Kelantan teruja dengan pelancaran pasukan Kelantan Red Warrior (KRW) FC dengan harapan untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak di negeri itu, namun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila mereka terpalit dengan kontroversi.

Biarpun tidak tahu sejauh mana KRW akan terjejas dengan kontroversi tersebut, tetapi sudah semestinya mereka akan turut terkena tempiasnya berikutan KRW telah menjalin kerjasama dengan KAFA.


Malah Presiden KRW iaitu Nik Hafiz Naim Bin Nik Hasan sendiri berkata; ‘Apabila kita sudah tandatangani, kira kita seperti anak kepada KAFA yang mana kita adalah pasukan utama di bawah KAFA.’

Semalam telah tular surat daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang telah memutuskan untuk menggantung keahlian Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pertikaian Dalaman Ahli FAM berkenaan aduan terhadap tatacara pengendalian Kongres Tahunan KAFA kali ke-65 dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi sesi 2024-2028.

“Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Eksekutif FAM secara majoriti menerusi keputusan secara bertulis telah bersetuju dengan cadangan tindakan yang telah dibentangkan untuk menggantung keahlian Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Keputusan untuk menggantung KAFA ini dibuat berdasarkan Artikel 17 Statut FAM yang dengan jelas menyatakan bahawa Jawatankuasa Eksekutif FAM boleh menggantung keahlian mana-mana ahli. Keputusan penggantungan ini telah dibuat berdasarkan kepada surat FAM bertarikh 21 Disember 2024 kepada KAFA.”

Badan induk bola sepak negara itu turut memaklumkan bahawa Kongres KAFA kali ke-65 dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA Bagi Sei 2024-2028 adalah tidak sah.

Antara sebab yang Kongres KAFA tidak sah adalah kerana Persatuan Bola Sepak Pasir Puteh tidak dibenarkan hadir ke Kongres KAFA yang ke-65 dan tidak terlibat daalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA penggal 2024-2028 sedangkan mereka merupakan ahli gabungan KAFA yang sah.

Prosedur dan tatacara pengendalian Kongres KAFA tersebut tidak dibuat dengan teratur dan mengikut prosedur-prosedur yang betul di mana, notis Kongres yang dikeluarkan kepada ahli-ahli KAFA tidak ditandatangani ole Setiausaha Agung.

Malah, penyata kewangan KAFA adalah meragukan apabila terdapat dua dokumen yang berbeza ditandatangi ole juruaudit dan juruakaun yang berlainan dan penyata kewangan tersebut telah dibentangkan selepas selesai agenda pemilihan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen