Alvis Fortes sasar kemenangan untuk aksi separuh akhir MFL Challenge Cup

21

Pemain import sensasi Selangor FC, Alvin Fortes menegaskan bahawa beliau dan rakan sepasukan perlu meneruskan momentum cemerlang dalam setiap perlawanan yang diharungi oleh mereka.

Selepas berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan derbi Lembah Klang menentang KL City FC baru-baru ini, Alvin mahu pasukan teruskan momentum kemenangan apabila turun menentang Penang FC pada aksi separuh akhir pertama MFL Challenge Cup 2024/25 nanti.


“Saya harap kami dapat teruskan momentum ini. Apa yang penting, setiap perlawanan perlu diambil dengan serius, samada MFL Challenge Cup atau kejohanan lain.

Kami akan terus bekerja keras untuk meraih tiga mata dan mara ke peringkat seterusnya,”

katanya.

Tambah Alvin lagi, kejayaan yang dicapai adalah hasil usaha keras pasukan dan kemenangan baru-baru ini memberikan motivasi tambahan untuk pasukan menghadapi perlawanan-perlawanan mendatang.

Dalam pada itu, Alvin yang kini mengumpul jumlah jaringan sebanyak lapan gol sama seperti rakan sepasukan Ronnie Fernandez berkata beliau tidak pernah terlintas untuk cuba bersaing dengan rakan sepasukan, sebaliknya fokusnya adalah untuk bantu pasukan dapat keputusan positif.

“Tidak, bagi saya, saya hanya terus bekerja keras untuk mendapatkan keputusan yang baik untuk pasukan. Jika saya menjaringkan gol dan membantu pasukan, saya gembira, dan pasukan juga gembira.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen