Twins Championship bakal gegar Seremban Prima Mall pada 15 Februari 2025!
Peminat seni bela diri dan aksi pertarungan, tandakan kalendar anda! Kejohanan tinju Twins Championship akan menggegarkan Seremban Prima Mall pada 15 Februari, dari jam 11.00 pagi hingga 8.00 malam.
Acara ini dijangka menarik perhatian ramai dengan aksi sengit di mana ia turut disertai oleh atlet tinju negara dan luar negara seperti Uganda, Filipina, Myanmar, Indonesia dan Afghanistan.
Lebih menarik, barisan pempengaruh dan artis popular akan turut memeriahkan acara ini.
Twins Championship akan menyaksikan sebanyak 20 pertarungan berlangsung untuk kategori lelaki dan wanita.
Berikut adalah senarai penuh pertarungan yang akan menggegarkan gelanggang:
Jadual Pertarungan
1 Hakem Stopa vs Binladen
2 Shah Busy vs Matwe
3 Nidal vs Afiq
4 Brad vs AlI
5 Shamel vs Antony
6 Adam Wildan vs Darish
7 Toy vs Sauqi
8 Ritzi vs Suki Lo
9 Rania vs Bella
10 Kkchima vs Harris
11 Jaden vs Madkhan Aiteam
12 Julia vs Abby
13 Hafidz Rosli vs Raj
14 Hatem vs Thimoty
15 Syukri vs Firdaus
16 Hairi vs Buki
17 Unsyad vs Zaquan
18 Izzat Fitri vs Adam Harris
19 Daniel vs Alfateh
20 Mikail vs Cekman
Setiap atlet membawa misi dan kehebatan mereka untuk merebut gelaran juara! Jadi jangan ketinggalan untuk turut hadir bagi memeriahkan lagi acara.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman Instagram rasmi: @twins_championship.
Jumpa anda di sana pada 15 Februari!