Danielle Smith Cheah: Bintang muda bola sepak dengan impian besar

Pada usia 16 tahun, Danielle Smith Cheah telah menunjukkan semangat dan komitmen luar biasa terhadap bola sepak.
Bermula dengan pelbagai jenis sukan sejak kecil, Danielle menemui minat mendalam terhadap bola sepak pada usia 12 tahun dan sejak itu memilih sukan ini sebagai sukan utamanya.
Danielle kini bermain untuk pasukan bola sepak perempuan di sekolah barunya. Sebelum ini, beliau menjadi kapten pasukan bola sepak di sekolah lamanya, di mana pengalaman memimpin rakan sepasukan telah membantu membentuk keyakinan dan kemahiran kepemimpinannya.
Sekolahnya juga memberi banyak peluang untuk bersaing dalam kejohanan di peringkat tempatan dan antarabangsa, menjadikan beliau pemain yang semakin matang di atas padang.
Baru-baru ini, Danielle mula menjalani latihan bersama Dynamic Football Co Di Johor Bahru, yang diasaskan oleh Coach Sutesh Nair current NFDP Johor state Youth Head Coach dengan kerjasama dengan Decathlon Malaysia.
Latihan intensif ini telah meningkatkan kemahirannya sebagai seorang penyerang dan pemain sayap kanan.
Beliau mengakui bermain bersama pasukan lelaki adalah cabaran terbesar buat dirinya, tapi pengalaman itu telah mengajarnya untuk menjadi lebih kuat dan berdaya tahan.
“Ia adalah langkah penting yang telah membentuk saya menjadi pemain yang lebih baik,”
katanya.
Danielle juga mencipta sejarah sebagai gadis pertama yang bermain dalam liga Vantra.
Walaupun pada awalnya ia sesuatu yang mendebarkan, Danielle bersyukur atas sokongan jurulatih dan rakan sepasukannya.
Liga ini bukan sahaja meningkatkan kemahirannya tetapi juga membina keyakinannya sebagai seorang pemain muda.
“Liga Vantra memberikan saya peluang untuk menunjukkan kepada gadis-gadis di sini untuk menggalakkan mereka bermain bola sepak dan Johor untuk memiliki pasukan wanita sendiri.
Saya telah berbincang dengan presiden Vantra Premier, dan tidak lama lagi akan memberikan berita baik mengenai liga wanita pertama di Johor.”
Dalam pada itu, Danielle bercita-cita untuk terus berkembang, baik dari segi mental mahupun fizikal di mana impiannya adalah untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, Danielle berharap untuk menginspirasi gadis-gadis muda lain untuk mencintai bola sepak dan menyokong pengiktirafan yang setara untuk bola sepak wanita di Johor dan Malaysia.
“Bola sepak wanita di Johor dan Malaysia perlu mendapat pengiktirafan yang sama seperti bola sepak lelaki. Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada perubahan ini dengan the support from Vantra Premier.”
Sementara itu, Danielle juga berharap dapat menginspirasi gadis-gadis muda untuk menikmati bola sepak seperti dirinya dan berharap bola sepak wanita di Johor dan Malaysia mendapat pengiktirafan yang setara dalam masa hadapan.