Peminat mahu Lim Teong Kim jadi Presiden FAM baru

2,042

Peminat bola sepak tanah air sekali lagi dikecewakan oleh pasukan Malaysia apabila tersingkir awal di saingan Piala AFF B-23 di Kemboja semalam.

Susulan itu, peminat sekali lagi meluahkan amarah mereka terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan mendesak supaya mereka bertanggungjawab atas kekalahan yang cukup memalukan negara.


Malah ada peminat yang mahu Presiden FAM ketika ini iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin dipecat dan digantikan dengan orang yang lebih layak seperti Lim Teong Kim.

Sejurus kekalahan skuad B-23 negara, bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu telah membuat kenyataan panjang lebar mengenai perlawanan semalam dan ramai peminat menyokong dan berharap agar beliau dilantik sebagai pemimpin FAM yang baru.

“Sejujurnya, aku memang nak tengok coach LTK sandang jawatan presiden atau pengarah di dalam FAM. Aku tak tahu kenapa orang seperti ini tidak boleh ada dalam sistem bola sepak.

Nampak visi dan misi coach LTK jelas dan sistematik untuk membangunkan bola sepak Malaysia. Tambah lagi dengan pengetahuan tentang bola sepak tempatan dan antarabangsa, tiada masalah untuk beliau diberi peluang,”

tulisnya di ruangan komen Instagram Lim Teong Kim.
Sumber: LTK IG

Pada masa sama dia turut mendesak agar orang atasan FAM berundur secara terhormat bagi memberi ruang kepada orang lain menerajui pula.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna iaitu Shahrulhanifi98 pula bersetuju dengan kenyataan Teong Kim untuk mengurangkan kuota pemain import yang dilihat memberi kesan teruk kepada skuad kebangsaan.

“Setuju coach. Sudah-sudah la letak import sampai lima orang. Tambah dengan pemain naturalisasi lagi. Bila lagi pemain muda nak dapat main? Lepas tu dengan pemain-pemain JDT yang sentiasa tak diberi pelepasan main untuk negara.

Kita ada ramai pemain yang bagus untuk skuad negara tapi pengurusan FAM & MFL sangat teruk macam badut, ditambah dengan kelab yang lebih pentingkan kelab berbanding negara.”

Sumber: LTK IG

Tidak dapat dinafikan gesaan untuk FAM membuat rombakan besar-besaran telah lama kedengaran, namun tiada sebarang perubahan yang berlaku.

Sebaliknya FAM baru sahaja melantik ketua jurulatih skuad senior yang baru iaitu Kim Pan-gon bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletak jawatan selepas kegagalan di Piala AFF 2020 di Singapura tahun lalu.

Sumber: LTK IG

Terdahulu, skuad kendalian Maloney diramal mampu mara ke separuh akhir selepas juara bertahan Indonesia dan Myanmar terpaksa menarik diri akibat COVID-19.

Bagaimanapun Malaysia dimalukan oleh Laos apabila tumpas dalam kedua-dua perlawanan dengan jarigan 1-2 dan 0-2.

Sumber: LTK IG

Bilakah pasukan bola sepak kesayangan kita akan berkembang dan bagus? Adakah Harimau Malaya akan terus jatuh sehingga menjadi pasukan belasan selepas ini? Tidak mustahil perkara itu akan berlaku sekiranya tiada perubahan drastik dibuat bagi menyelamatkan bola sepak tanah air.