Danielle Cheah tak gentar bermain bola sepak dengan lelaki
Pemain bola sepak Danielle Smith Cheah menjadi satu-satunya wanita yang beraksi dalam saingan Vantra Premier League (VPL) bersama pasukan Eisen Dragons di mana beliau mencipta sejarah dan membuka membuka jalan kepada pemain wanita lain yang ingin menceburi sukan bola sepak pada tahap kompetitif.
“Hari ini agak penat sebab saya baru habis satu kejohanan di sekolah, tapi ia sangat menyeronokkan kerana saya kenal beberapa orang dari Iron Tigers yang saya lawan, dan mereka sangat mesra dengan saya. Saya juga banyak bergembira,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Danielle juga mengakui bermain dalam persekitaran yang didominasi pemain lelaki bukan satu tugas mudah, tetapi beliau membuktikan bahawa jantina bukan penghalang untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
“Sebagai satu-satunya perempuan, ia agak menekan sebab lelaki lebih besar dari saya. Tapi awak perlu yakin dan teruskan saja. Saya nak beritahu wanita lain: tak mengapa bermain dengan lelaki, ia akan menyeronokkan. Jadi, jangan takut.”
Dalam pada itu, Danielle juga memberi nasihat kepada wanita-wanita di luar sana yang ingin memula langkah dalam bola sepak untuk mempunyai keyakinan diri selain cari jurulatih yang bagus dan latihan yang baik.
Tambahnya lagi, dengan bimbingan yang betul dan latihan yang konsisten, lebih ramai wanita dapat mengembangkan bakat mereka dalam bola sepak dan bersaing pada peringkat yang lebih tinggi.
Sementara itu, beliau juga berharap agar satu hari nanti VPL akan melancarkan liga khas untuk wanita.
“Saya akan sangat gembira sebab pengiktirafan terhadap wanita dalam bola sepak akan meningkat. Ia beri lebih peluang untuk perempuan bermain, berkembang sebagai pemain, dan kejar impian mereka.”