“Bangga dapat bantu Selangor menang piala selepas 10 tahun, ia bukan sesuatu yang mudah!”

Sidang media bersama pemain Selangor FC, Ronnie Fernandez selepas tamat perlawanan akhir kedua Piala Cabaran menentang pasukan PDRM FC di Stadium MBPJ.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 0-4 memihak kepada Selangor FC dengan agregat 7-0.
Ronnie Fernandez dinobatkan sebagai pemain terbaik untuk kejohanan MFL Challenge Cup.