FAM perkenalkan struktur baharu EXCO bagi penggal 2025-2029
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melangkah ke era baharu dengan mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) penggal 2025-2029 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa lalu.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden baharu FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub, mesyuarat ini menandakan permulaan strategik bagi memacu hala tuju bola sepak negara ke arah lebih kompetitif dan sistematik.
Dalam mesyuarat tersebut, Joehari mengumumkan dua jawatan kritikal FAM akan kekal dipegang oleh individu berpengalaman iaitu Datuk Noor Azman Hj Rahman sebagai Setiausaha Agung dan Dato’ Haji Ismail Karim sebagai Bendahari.
Pada masa sama sebanyak 16 jawatankuasa tetap dibentuk dengan fokus khusus pada aspek pentadbiran, teknikal, dan pembangunan sukan iaitu:
Jawatankuasa Darurat
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi
Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai
Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi
Jawatankuasa Pertandingan
Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi
Timbalan Pengerusi: Dato’ Zainal Abidin Hassan
Jawatankuasa Undang-undang
Pengerusi: Saaran A/L Nadarajah
Timbalan Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob
Jawatankuasa Pengadil
Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai
Timbalan Pengerusi: Tang Chee Hong
Jawatankuasa Bola Sepak Wanita
Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob
Timbalan Pengerusi: Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah
Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai
Pengerusi: Datuk Seri Hj. Rosmadi Ismail
Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan
Pengerusi: Tang Chee Hong
Timbalan Pengerusi: Datuk Dr. Sugumaran A/L Parthasarathy
Jawatankuasa Status
Pengerusi: Saaran A/L Nadarajah
Timbalan Pengerusi: Mohd Azizudin Mohd Shariff
Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam
Pengerusi: Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: YB Haji Hishamuddin Abdul Karim
Jawatankuasa Keselamatan
Pengerusi: CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim
Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hj. Hassan
Jawatankuasa Integriti
Pengerusi: Tan Sri Dato’ Seri Dr Aseh Che Mat
Timbalan Pengerusi: Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki
Jawatankuasa Tiket dan Stadium
Pengerusi: Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: Dato’ Haji Ismail Karim
Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan
Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai
Timbalan Pengerusi: Dato’ Dollah Salleh
Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan
Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
Timbalan Pengerusi: CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri
Peranan utama Joehari sebagai pengerusi tiga jawatankuasa kritikal (Darurat, Kewangan, Pasukan Kebangsaan) mencerminkan kepercayaan tinggi EXCO terhadap visinya.
Keputusan melantik Tan Sri Azam Baki (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti juga dilihat tepat bagi memerangi isu rasuah dan pengaruh luar dalam bola sepak.
Pengumuman struktur jawatankuasa ini adalah detik penting bagi FAM, yang kini perlu membuktikan komitmen melalui tindakan konkrit.