Katsuhito Kinoshi sasar tiga mata bertemu Sabah FC esok

Ketua jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi meletak sasaran untuk mendapatkan tiga mata penuh pada perlawanan Liga Super menentang Sabah FC esok di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Menurut Katsuhito Kinoshi, beliau mahu pemain-pemainnya meneruskan momentum kemenangan mereka selepas baru-baru ini berjaya menjulang kejuaraan MFL Challenge Cup 2024/25.
“Semuanya okay, jadi kami perlu melakukan peralihan yang baik dari perlawanan terakhir, final Challenge Cup.
Tetapi saya percaya pemain saya akan membuat peralihan yang baik dari segi mental, fizikal dan juga mentaliti mereka. Kami juga tidak mempunyai pemain yang digantung, jadi semuanya okay,
katanya.
Dalam carta Liga Super ketika ini, Selangor selesa berada di kedudukan kedua dengan kelebihan lapan mata di hadapan Sabah yang berada di kedudukan ketiga.
Katsuhito Kinoshi bagaimanapun tidak memandang enteng dengan pasukan lawan kerana mereka adalah sebuah pasukan yang bagus dan mempunyai pemain berkualiti.
“Mereka ada penyerang tengah yang tajam, pemain sayap kanan yang pantas dan pemain tengah yang mempunyai skil ‘dribbling’ yang hebat. Stuart Wilkins juga pemain penting.
Kunci utama kami adalah bermain sebagai satu pasukan yang kompak.”
Dalam pada itu, Katsuhito Kinoshi berkata selepas berjaya merangkul trofi Challenge Cup fokus mereka kini adalah untuk memastikan mereka kekal berada di keduduka kedua Liga Super.
Mereka akan turun dalam setiap perlawanan dengan misi utama iaitu mendapatkan tiga mata penuh.
Sementara itu, Katsuhito Kinoshi turut mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang berjaya dinobat sebagai juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.