Anak Pemilik Valencia CF, Kiat Lim kini terajui kelab sebagai presiden

93

Kelab bola sepak Sepanyol, Valencia CF, bakal mempunyai wajah baharu di pucuk pimpinan selepas anak pemilik kelab itu dilantik sebagai presiden baharu.

Pelantikan itu diumumkan di laman sesawang rasmi kelab tersebut sekaligus mengesahkan Lim Wee Kiat atau dikenali sebagai Kiat Lim akan mengambil alih jawatan tersebut daripada presiden terdahulu, Chan Lay Hoon.


Untuk pengetahuan, Kiat Lim merupakan anak kepada taikun Singapura yang juga pemilik Valencia iaitu Peter Lim.

Kiat Lim sudah sinonim dengan pengurusan kelab berikutan beliau sudah menjawat jawatan sebagai Pengarah di kelab itu sejak 2022.

Dalam pada itu, Kiat Lim semalam dilaporkan telah menghadiri beberapa sisi mesyuarat selepas pelantikannya dengan bertemu dengan staf dari pelbagai jabatan dan Bahagian.

Beliau akan memulakan tugas secara rasmi pada hari ini 5 Mac turut mengadakan pertemuan dengan ketua jurulatih dan kapten pasukan.

Pelantikan Kiat Lim sekaligus menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa syarikat pelaburan Meriton Holdings mahu menjual kelab tersebut pada harga sekitar RM2.3 bilion.

Sementara itu, Valencia yang beraksi dalam saingan La Liga kini berada dalam keadaan goyah apabila berada di kedudukan ke-18 liga sekaligus berada dalam zon penyingkiran.

Perkara ini nyata mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat yang membuat protes terhadap Peter Lim dengan mempamerkan sepanduk ‘Lim Go Home’ dalam perlawanan di Stadium Mestalla.