Sesi perjumpaan bersama RMS: Langkah awal perkukuh komunikasi bola sepak

Setelah timbul beberapa isu sebelum ini, nampaknya hubungan di antara penyokong setia Selangor FC, UltraSel dengan pengurusan tertinggi kelab semakin baik selepas satu sesi perjumpaan bersama DTYM Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah telah berlangsung pada 9 Mac lalu.
Perkara tersebut telah dikongsikan du UltraSel Curva Facebook yang turut memaklumkan bahawa sesi tersebut berlangsung dengan cukup baik dan menjadi platform penting untuk berkongsi pandangan serta idea demi kemajuan bola sepak Selangor.
“Perjumpaan in membolehkan komunikasi dua hala secara langsung dan melihat ia dari pelbagai perspektif. Kami percaya sesi seperti ini penting untuk interaksi yang lebih berkesan dan pemahaman antara satu sama lain.”
Tambah UltraSel lagi, Mereka percaya bahawa sesi seperti itu sangat penting dalam membina persefahaman dan interaksi yang lebih berkesan antara semua pihak yang terlibat.
Oleh itu, mereka menggalakkan semua pihak untuk terus menyertai perbincangan, menyokong usaha komunikasi dan memperkukuh kerjasama demi kebaikan bola sepak Selangor.