Selepas sahkan kejuaraan Liga Super, JDT kini dalam misi pertahan Piala Malaysia pula

65

Kemenangan 3-0 ke atas Penang FC di Liga Super malam tadi bukan sekadar tiga mata berharga, tetapi juga pemanas terbaik buat Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia yang semakin menghampiri. 

Menurut ketua jurulatih, Hector Bidoglio, secara terbuka mengalihkan fokus media kepada misi terbesar musim ini iaitu mengekal status “Raja Piala Malaysia”.


“Liga Super sangat penting bagi kami, begitu juga dengan final Piala Malaysia, tetapi yang lebih utama kami perlu fokus pada diri sendiri dan terus berkembang.

JDT adalah sebuah kelab besar dan pasuakn ini terus meningkat Hari demi hari, musim demi musim.

Oleh itu, kami mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan kejayaan ini berterusan. Semua pemain menunjukkan komitmen tinggi dan memberikan 100% dalam setiap perlawanan,”

katanya.

Dalam pada itu, disebalik keterujaan menjelang aksi final, Bidoglio turut menyuarakan kebimbangannya terhadap kecederaan yang dihadapi oleh pemain bintangnya Arif Aiman Hanapi.

“Saya tidak pasti, mungkin ia bukan kecederaan yang serius. Tetapi kami perlu menunggu beberapa minit lagi untuk pasukan perubatan membuat pemeriksaan lanjut terhadap Arif.”

Sementara itu, biarpun sudah dinobat sebagai juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut, skuad Harimau Selatan terus memperlihatkan dominasi mereka apabila masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 21 perlawanan dengan 20 kemenangan dan hanya satu seri.

Final Piala Malaysia 2024/25 akan berlangsung pada 12 April depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.