BBQ Lamb KL Kemensah: Pengalaman menikmati hidangan di tengah alam semula jadi

36

Bagi pencinta pengalaman bersantai sambil menikmati hidangan istimewa, BBQ Lamb KL Kemensah menawarkan konsep unik “makan di atas sungai”, yang memadankan keindahan alam dengan cita rasa daging smoked yang enak.

Dikendalikan oleh S. Ibariyanurmi Iberahim, atau lebih mesra disapa Puan Mem, restoran ini bukan sekadar tempat makan, tetapi juga ruang “healing” untuk keluarga dan rakan-rakan.


Menurut Puan Mem, perniagaan ini lahir daripada keinginan untuk menyatukan keluarga dalam suasana santai.

“Kami bermula dari sifar, berubah menjadi hero. Semuanya berpaksikan kasih sayang keluarga,” ujarnya.

Inspirasi konsep “makan sambil rendam kaki” diambil daripada sebuah tempat di Grik milik sahabatnya, Tok Jangut, dan pada tahun 2017, Puan Mem dan keluarga mengambil inisiatif mewujudkan impian itu di Kemensah.

Awalnya, mereka hanya menjamu keluarga di tepi sungai, namun permintaan pelanggan yang tertarik dengan suasana alami membuatkan perniagaan ini berkembang menjadi destinasi wajib di Kuala Lumpur.

Konsep Piknik Moden: Pendidikan & Eksplorasi Alam

Selain menikmati makanan, BBQ Lamb KL Kemensah juga mendedahkan anak-anak kepada keunikan alam sekitar.

Mempelajari Ekosistem Sungai – Anak-anak boleh memahami bagaimana sumber air mutlak dari bukit mengalir ke sungai dan muara, serta kepentingan menjaga kebersihan alam.
Pengenalan kepada Flora & Fauna – Pelanggan boleh melihat ikan kecil di sungai serta mengenali pelbagai jenis pokok seperti buluh dan pokok hutan lain.
“Jungle in the Town” – Konsep ini menjadikan BBQ Lamb KL Kemensah sebagai tempat pembelajaran alam yang dekat dengan bandar tanpa perlu pergi jauh-jauh.

“Anak-anak boleh tangkap ikan, bermain air, sambil belajar tentang alam sekitar. Ini bukan sekadar makan, tetapi pengalaman yang mendidik.”

Rare, Ambience & Nature: Suasana yang Unik & Menenangkan

BBQ Lamb KL Kemensah menawarkan pengalaman bersantai di sungai berair jernih yang berasal dari bukit sekitar.

Udara Segar & Sejuk – Kawasan ini dikelilingi pokok hutan, menjadikan suhu lebih nyaman berbanding kawasan bandar.
Suasana Tenang & Santai – Bunyi air sungai yang mengalir memberikan ketenangan yang sukar didapati di kota.
Konsep “Datang Bawa Badan Sahaja” – Pelanggan boleh menikmati makanan tanpa perlu membawa apa-apa, hanya baju basahan jika mahu bermain air!

“Di sini, panas pun tak sepanas luar. Sangat sesuai untuk rehat minda,” tambah Puan Mem.

Dalam pada itu, hidangan istimewa restoran ini ialah daging smoked yang dimasak perlahan antara duahingga enam jam menggunakan kayu asli seperti pokok rambutan dan pokok hutan.

Teknik ‘Smoking’ Semula Jadi – Tidak menggunakan kayu perabot yang mengandungi bahan kimia, sebaliknya kayu semula jadi untuk rasa lebih ‘juicy’ dan wangi.
Hidangan Utama – Smoked Lamb, Smoked Chicken, dan Ikan Bakar menjadi pilihan utama pelanggan.

“Kami ambil masa untuk ‘smoke’ daging dengan penuh kasih sayang. Hasilnya, daging lebih lembut, berjus, dan beraroma asli.”

Restoran ini sering dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat, daripada keluarga hingga tokoh ternama seperti sasterawan negara.

“Ramai yang datang untuk ‘healing’. Ada yang kata, makan di sini terasa seperti di syurga. Dengan air sungai yang mengalir, suasana redup dari pokok hutan – ia satu pengalaman yang luar biasa.”

Sementara itu, sebagai seorang usahawan, Puan Mem berhasrat untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menambah menu baharu yang lebih menarik; menambah baik lokasi dan fasiliti untuk keselesaan pelanggan serta menggalakkan aktiviti mesra keluarga untuk pengalaman lebih bermakna.

Beliau juga menyeru agar semua pengunjung menjaga kebersihan sungai dan menghargai alam sekitar, supaya keindahan semula jadi ini dapat dinikmati untuk generasi akan datang.

“Alam sekitar adalah amanah. Jangan buang sampah merata-rata, sayangi sungai dan pokok-pokok di sekitar kita.”

Lokasi, Waktu Operasi & Tempahan

Lokasi: Hanya 2.5km dari Zoo Negara Malaysia, BBQ Lamb KL Kemensah mudah diakses oleh penduduk Lembah Klang.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari hingga 4:00 petang (Last call)
Tempahan: Untuk tempahan boleh berhubung terus di nombor: 019-9631657 (kumpulan besar) atau 013-9784100 (untuk tempahan biasa).

Puan Mem turut menawarkan diskaun istimewa bagi tempahan khas, jadi jangan segan untuk menghubungi beliau secara terus untuk sebarang pertanyaan.

Jika anda mencari tempat makan unik di Kuala Lumpur, BBQ Lamb KL Kemensah adalah destinasi yang wajib dikunjungi!

Di sini, anda bukan sahaja dapat menikmati hidangan enak yang dimasak dengan penuh kasih sayang, tetapi juga merasai suasana semula jadi yang menenangkan dengan pengalaman makan di atas sungai yang pasti meninggalkan kenangan manis.

Jangan lupa membawa pakaian basahan, kerana selepas menjamu selera, anda dan keluarga boleh meluangkan masa dengan bermain air serta menangkap ikan kecil menggunakan tangguk.

Aktiviti ini menjadi tarikan utama buat anak-anak yang pasti teruja mengejar ikan di aliran sungai yang jernih, sementara ibu bapa dapat menikmati ketenangan dan udara segar di bawah rimbunan pokok. 

Untuk pengalaman lebih santai, kawasan tanpa meja juga disediakan, membolehkan keluarga beralih ke lokasi berair yang lebih luas untuk bersantai sepuasnya.

Dengan gabungan hidangan istimewa, suasana alam yang menyegarkan, serta aktiviti riang bersama keluarga, BBQ Lamb KL Kemensah adalah tempat yang sempurna untuk meluangkan masa berkualiti dan mencipta memori indah.

Pakej “All-in-One” untuk Pengalaman Lengkap

Nikmati pakej “All-in-One” yang menawarkan pelbagai hidangan lazat daripada menu ala carte hingga tempahan khas seperti hidangan 5 ekor kambing atau menu yang boleh diubah mengikut permintaan (pre-booking diperlukan).

Bukan sekadar menjamu selera, di sini anda juga akan menikmati:

Suasana nyaman & segar – Udara bersih, aliran sungai yang menenangkan, terapi semula jadi.

Pelbagai aktiviti santai – Berehat, bersantai, dan menikmati alam semula jadi.

Ruang inspirasi & pencetus idea – Sesuai untuk perbincangan kreatif atau sekadar menikmati ketenangan.

BBQ Lamb KL Kemensah menyediakan ruang yang selesa dan suasana mesra alam, menjadikannya lokasi ideal untuk:

– Sambutan Hari Jadi

– Anniversary & majlis istimewa

– Hari Keluarga

– Event syarikat & farewell party

– Perjumpaan kumpulan & group reunion

– Team building & sesi brainstorming

Sama ada untuk acara santai atau majlis korporat, BBQ Lamb KL Kemensah memberikan pengalaman makan yang luar biasa dalam suasana semula jadi yang menenangkan.

Jadi, tempah slot anda hari ini dan cipta kenangan indah bersama insan tersayang!