Cheah Liek Hou sasarkan pingat emas di Sukan Para Asia 2026, LA 2028 masih dalam radar

93

Juara Paralimpik Paris 2024, Cheah Liek Hou tidak mahu terlalu cepat membuat keputusan tentang penyertaan ke temasya Paralimpik Los Angeles 2028, sebaliknya, beliau kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan kecederaan dan persediaan menghadapi Sukan Para Asia di Nagoya tahun hadapan.

Menurut Liek Hou, beliau kini sedang bergelut dengan kecederaan plantar fasciitis pada kaki kiri.


“Sebelum Raya saya baru buat suntikan PRP dekat ISN. Sekarang saya dalam fasa recovery. Tengok keadaan dulu. Kalau okay, saya akan sertai Dubai Para International bulan Mei nanti. Tapi kalau belum pulih, saya mungkin skip,”

katanya.

Tahun 2025 dilihat sebagai tahun strategik untuk Liek Hou berikutan tiada kejohanan utama dalam kalendar, dan beliau bercadang untuk lebih selektif menyertai kejohanan agar fokus kekal pada pemulihan dan persiapan jangka panjang.

“Tahun ini saya akan lebih selektif. Tak ada turnamen besar pun. Fokus saya nak jaga kondisi badan dan pulih sepenuhnya sebelum tahun depan.”

Sebelum ini, Liek Hou aktif menyertai kejohanan untuk mengumpul mata kelayakan ke Paris. 

Namun pendekatan kali ini lebih berhati-hati memandangkan kecederaan tersebut telah menjejaskan latihan serta prestasi beliau dalam kejohanan di Sepanyol bulan lepas.

Dalam pada itu, walaupun telah memenangi emas Paralimpik, satu gelaran masih lagi menghantui Liek Hou iaitu pingat emas Sukan Para Asia, yang belum pernah berjaya diraih dalam dua penampilan terdahulu.

“Dua kali saya dah kalah dekat Sukan Para Asia. Harap kali ni saya boleh menang balik emas yang pernah saya raih pada tahun 2014 di Incheon.”

Beliau menyedari saingan dari negara-negara Asia tetap sengit, namun menegaskan bahawa fokusnya kini ialah untuk berada dalam keadaan terbaik menjelang temasya di Nagoya.

Sementara itu, meskipun belum memberikan komitmen penuh, Liek Hou tidak menutup kemungkinan untuk beraksi sekali lagi di pentas Paralimpik, empat tahun akan datang di Los Angeles.

“Kalau saya dapat pingat dekat Nagoya dan kondisi saya masih baik, mungkin saya akan teruskan untuk LA. Tapi semuanya bergantung kepada keadaan badan saya nanti.”

Dengan semangat juang yang masih membara dan disiplin yang tinggi, Cheah Liek Hou sekali lagi membuktikan bahawa beliau bukan hanya seorang jua