Chibi kongsi tentang persiapan Vamos untuk MPL MY musim ke-15

110

Pemain pasukan Mobile Legends Professional League Malaysia (MPLMY), Team Vamos, Chibi, sempat meluangkan masa berkongsi pandangan dan harapan beliau ketika ditemui di majlis pelancaran telefon pintar terkini realme 14 Series yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya.

Ketika ditanya mengenai kegagalan pasukannya mara ke kejohanan ISF, Chibi menjelaskan bahawa mereka tetap memberi tumpuan penuh, namun nasib belum menyebelahi mereka.


“Fokus juga, cuma rezeki kitaorang tak ada dekat ISF tu. Tapi kalau tak ada rezeki dekat ISF, apa yang patut kita buat adalah kita kena fokus untuk next tournament. Kena move on,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, menjelang aksi sulung dalam kejohanan MPL MY hujung minggu ini menentang pasukan juara bertahan Selangor Red Giants (SRG), Chibi menegaskan bahawa Vamos bersedia sepenuhnya dan akan memberi persembahan terbaik.

“Persediaan kitaorang untuk game hari Sabtu ni, mungkin kitaorang just buat yang terbaik. Kita tahu akan bertemu dengan King SRG, so just buat yang terbaik je.”

Menyentuh mengenai persaingan sengit musim ini, Chibi mengakui beberapa nama pasukan yang dijangka memberi saingan hebat kepada Vamos.

“Top 3 bagi persaingan rasanya The Exile, Envy… dan satu lagi, mestilah SRG.”

Dengan semangat yang masih membara walaupun gagal ke ISF, jelas menunjukkan bahawa Team Vamos dan Chibi tidak akan berhenti berjuang dan kini meletakkan sepenuh fokus ke kejohanan akan datang demi membuktikan kemampuan mereka.