“Dahulu ketawa, sekarang menangis”, perang siber Malaysia-Indonesia hiasi laman sosial

781

Sewaktu berita penarikan diri skuad kebangsaan Indonesia bawah 23 tahun daripada menyertai Kejohanan AFF bawah 23 tahun di Kemboja mendapat reaksi sinis daripada peminat-peminat bola sepak tempatan.

Ada yang beranggapan bahawa sebenarnya skuad bawah 23 tahun kendalian Shin Tae-yong itu takut untuk berhadapan dengan skuad negara dan menggunakan alasan Covid-19 kerana tidak mahu kalah di tangan musuh utama mereka.


Sumber: FAM FB

Ada peminat-peminat bola sepak Malaysia menganggap pasukan Indonesia bercakap besar dengan merujuk kepada reaksi peminat-peminat seberang yang sering mengeluarkan komen mahu membelasah pasukan Malaysia. Namun, belumpun sempat bertemu, Indonesia telah menarik diri.

Sumber: FAM FB

Penarikan diri Indonesia juga dilihat sebagai satu tindakan lemah hanya disebabkan skuad negara itu tidak mempunyai pemain yang cukup untuk menghadapi kejohanan

Sumber: FAM FB

Itu reaksi daripada penyokong bola sepak Malaysia apabila berita tentang skuad Indonesia tidak menyertai kejohanan kali ini. Jika ada pihak yang memulakan peperangan, pasti ada tindakan balas.

Kekalahan memalukan dalam dua perlawanan kepada Laos juga mendapat reaksi daripada penyokong-penyokong Indonesia. Ada yang dengan sinisnya memberikan komen kasihan dengan keputusan yang menimpa skuad muda negara.

Sumber: FAM FB

Rata-rata penyokong Indonesia turut menyamakan skuad bawah 23 tahun Laos dengan skuad senior mereka yang kedua-duanya berjaya mencatatkan keputusan jaringan yang sama menewaskan pasukan Malaysia 4-1.

Sumber: FAM FB

Ada juga peminat Indonesia menganggap perlawanan pasukan Malaysia menentang Laos sebagai satu hiburan dengan menyindir pasukan negara yang dilihat melakukan persiapan rapi untuk menghadapi kejohanan tersebut.

Sumber: FAM FB

Perang di media sosial di antara penyokong Malaysia dan Indonesia bukanlah perkara baru terutamanya dalam sukan bola sepak.