Arsenal, PSG miliki peluang sama rata

211

Malam ini, saingan separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA 2024/25 akan bermula dengan pertembungan Arsenal dan Paris Saint-Germain (PSG) di Stadium Emirates, London.

Ia adalah pertembungan bersejarah buat The Gunners, yang buat pertama kali sejak 2009 melangkah ke separuh akhir, manakala PSG pula akan cuba untuk melangkah ke perlawanan akhir sekali lagi selepas berjaya melakukannya pada tahun 2020.


Kedua-dua pasukan tidak pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara UEFA, justeru mereka pastinya mempunyai motivasi yang tinggi untuk ke perlawanan akhir bagi menamatkan penantian tersebut.

Pada peringkat kumpulan Oktober lalu, kedua-dua pasukan sudah bertemu di lokasi sama dengan kemenangan memihak kepada Arsenal 2-0, namun keputusan itu sama sekali tidak boleh dijadikan sandaran untuk perlawanan malam ini.

Isu Kecederaan & Penggantungan

Arsenal: Walaupun persembahan dalam liga agak kurang meyakinkan, perjalanan Arsenal di pentas Eropah amat berbeza. Selepas menyingkirkan juara bertahan Real Madrid dengan kemenangan bergaya 5-1, Arsenal dilihat antara pilihan utama untuk merangkul kejuaraan pertama mereka. Dengan perebutan juara liga kini sudah tamat, Mikel Arteta pastinya meletakkan fokus penuh kepada kempen Liga Juara-Juara.

PSG: Sudah mengesahkan kejuaraan Ligue 1 sejak awal April, kehadiran PSG ke Emirates pada kali ini lebih ‘segar’ dibandingkan ketika mereka tewas sebelum ini. Kehadiran Ousmane Dembélé dan Khvicha Kvaratskhelia yang terlepas aksi sebelum ini akan menambah sengat PSG yang mampu menggugat pertahanan Arsenal.

Isu Kecederaan & Penggantungan

  • Arsenal:
    • Thomas Partey digantung setelah menerima kad kuning ketika menentang Real Madrid.
    • Kai Havertz, Gabriel, Jorginho, Gabriel Jesus, dan Takehiro Tomiyasu masih cedera.
    • Ben White masih ragu-ragu untuk diturunkan selepas cedera minggu lalu.
  • PSG:
    • Hampir kesemua pemain utama dapat diturunkan.

Ramalan Kesebelasan Utama

Arsenal

Raya, Timber, Saliba, Kiwior, Lewis-Skelly, Rice, Merino, Ødegaard, Saka, Trossard, Martinelli

PSG

Donnarumma, Hakimi, Marquinhos, Pacho, Mendes, Vitinha, Fábio Vieira/Fabian, Neves, Doue, Dembélé, Kvaratskhelia

Ramalan keputusan

Perlawanan malam ini dijangka sengit dengan kedua-dua pasukan akan cuba bermain secara ‘selamat’ dan menunggu pihak lawan melakukan kesilapan.

PSG akan lebih yakin dengan kembalinya Dembélé dan Kvaratskhelia, ditambah pula dengan Arsenal yang tampil tempang tanpa pemain utama seperti Partey dan Gabriel, namun sekiranya Arsenal mampu mengulangi disiplin yang dipamerkan ketika menentang Real Madrid, PSG akan mengalami kesukaran untuk menguasai permainan.

Perlawanan ini dijangka berakhir seri, dengan kedua-dua pasukan akan berhabis-habisan cuba mendapatkan tempat di perlawanan akhir pada perlawanan kedua di Paris.