Mbappe bantu Real Madrid terus kejar Barcelona dalam perebutan takhta La Liga
Kylian Mbappe menyerlah dengan dua gol ketika membantu Real Madrid meraih kemenangan mendebarkan 3-2 ke atas Celta Vigo dalam aksi La Liga di Santiago Bernabeu.
Dipetik dari tribue, kemenangan ini membolehkan Real terus mengekori rapat pendahulu liga, Barcelona dengan hanya empat mata di belakang menjelang pertemuan El Clasico minggu hadapan.
Dalam perlawanan itu, pemain muda Turki Arda Guler menjadi tumpuan dengan aksi cemerlangnya di bahagian tengah.
Beliau membuka jaringan pada minit ke-33 dengan rembatan cantik ke penjuru gol selepas bijak melepaskan diri dalam kotak penalti.
Mbappe menggandakan kelebihan Madrid hanya enam minit kemudian hasil serangan balas pantas yang dimulakan oleh Jude Bellingham.
Pemain Perancis itu menyempurnakan jaringan dengan sepakan padu menewaskan Vicente Guaita.
Mbappe sekali lagi menemui sentuhan penyudahnya seawal minit ke-48 apabila menyambut hantaran Guler untuk menjadikan kedudukan 3-0.
Gol tersebut adalah yang ke-24 buat Mbappe musim ini, menjadikannya pencabar utama kepada Robert Lewandowski dalam carta penjaring terbanyak.
Bagaimanapun, Madrid diuji apabila Celta berjaya merapatkan jurang melalui jaringan Javier Rodriguez dan Williot Swedberg.
Malah, mereka hampir menyamakan kedudukan apabila sepakan Pablo Duran hampir melintasi garisan gol, namun sempat dihentikan.
Jika Madrid gagal mengutip tiga mata, Barcelona boleh mengesahkan kejuaraan minggu depan jika menang dalam El Clasico.
Barca sendiri mencatat kemenangan 2-1 ke atas Real Valladolid walaupun menurunkan skuad kedua demi fokus kepada separuh akhir UEFA Champions League menentang Inter Milan.
Saingan kejuaraan La Liga kini semakin sengit menjelang pertemuan gergasi Sepanyol di El Clasico.