Maybank Championship 2025 kembali gegar KLGCC dengan Hadiah USD 3 Juta
Maybank Championship kembali mewarnai kancah golf dunia apabila kejohanan berprestij LPGA Tour ini akan berlangsung dari 30 Oktober hingga 2 November 2025 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), menjanjikan aksi bertaraf dunia dan hadiah lumayan bernilai USD 3 juta – tertinggi dalam sejarah kejohanan ini.
Bertemakan semangat kecemerlangan dan kemajuan serantau, edisi kali ini bukan sahaja bakal menampilkan pemain elit antarabangsa, malah turut menonjolkan bakat tempatan dan ASEAN yang semakin menyerlah.
Kejayaan bintang seperti Céline Boutier pada 2023 dan kemenangan penuh bergaya Ruoning Yin pada 2024 menjadikan Maybank Championship antara hentian paling dinanti dalam kalendar LPGA.
Pemain muda negara seperti Mirabel Ting dan Ashley Lau turut mencuri tumpuan dalam edisi lalu, membuktikan bahawa anak tempatan kini setanding di pentas dunia.
Lebih daripada sekadar kejohanan, Maybank Championship menjadi simbol komitmen Maybank dalam membina masa depan ASEAN melalui sukan, peluang dan nilai murni.
Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif mencungkil bakat rantau ini, Pusingan Kelayakan ASEAN Maybank Championship akan diadakan pada 12–13 Ogos 2025, juga di West Course KLGCC.
Lima tempat disediakan bagi pemain profesional dan amatur elit untuk menyertai kejohanan utama. Peluang ini dilihat sebagai batu loncatan penting ke pentas global dan bakal mencipta sejarah baharu untuk golf ASEAN.
Tiket kejohanan kini boleh didapati di maybank.my/golf.
Sertai ribuan peminat golf menyaksikan sejarah dilakar semula di KLGCC – di mana aspirasi ASEAN menjadi nyata, satu pukulan pada satu masa.