Salah cipta sejarah dengan Kasut Emas & Anugerah Playmaker musim 2024/25

94

Bintang Liverpool, Mohamed Salah sekali lagi membuktikan statusnya sebagai legenda Premier League apabila dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas dan Anugerah Playmaker bagi musim 2024/25.

Dipetik dari Premierleague, penyerang Liverpool itu menamatkan musim dengan 29 gol, enam gol mengatasi pencabar terdekat, Alexander Isak (Newcastle United). 


Ini merupakan kali keempat Salah memenangi Kasut Emas, menyamai rekod Thierry Henry sebagai pemenang terbanyak dalam sejarah liga.

Tidak cukup dengan itu, Salah turut mencatatkan 18 bantuan jaringan (assist), sekali gus mengungguli senarai Anugerah Playmaker musim ini. 

Ini kali kedua beliau memenangi kedua-dua anugerah dalam musim yang sama, selepas musim 2021/22.

Salah juga menjadi pemain pertama dalam sejarah memenangi Kasut Emas, Playmaker, dan Anugerah Pemain Terbaik EA SPORTS dalam satu musim. 

Beliau kini menyertai barisan elit seperti Cristiano Ronaldo dan Kevin De Bruyne yang pernah menang Pemain Terbaik dua kali.

Dengan 47 penglibatan gol (gol + assist), Salah turut menyamai rekod Alan Shearer dan Andrew Cole — satu pencapaian luar biasa dalam musim 38 perlawanan.

Legenda sebenar era moden.