Setiap kali kami sarung jersi, kami akan berikan yang terbaik untuk menang – Mason Mount

117

Bintang sensasi Manchester United, Mason Mount menegaskan bahawa mereka tidak akan mengambil remeh pada perlawanan Maybank Challenge Cup menentang ASEAN All-Stars esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut Mount, beliau dan rakan sepasukan akan memberikan yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan setiap kali mereka sarung jersi kelab.


“Seperti yang dinyatakan oleh ketua jurulatih, Ruben Amorin, setiap kali kami menyarung jersi kelab, kami mahu memberikan yang terbaik dan menang setiap perlawanan.

Kami faham perlawanan ini akan menjadi kompetitif dengan kehadiran pasukan bintang ASEAN, dan kami tidak sabar untuk beraksi serta memberikan prestasi terbaik,”

katanya.

Perlawanan ini dijangka menjadi pertembungan penuh aksi menarik dan penuh semangat persaingan, membuka peluang kepada peminat bola sepak di Malaysia dan seluruh rantau ASEAN untuk menyaksikan pameran kemahiran dari pemain-pemain bertaraf dunia.

Dalam pada itu, bagi ketua pasukan ASEAN All-Stars iaitu Sergio Aguero pula bangga apabila berpeluang menentang pasukan gergasi seperti United, dan mereka bertekad untuk memberikan yang terbaik untuk cuba mendapatkan kemenangan.

“Pertama sekali, selamat datang kepada Manchester United ke Malaysia. Sudah tentu ia satu kebanggaan besar buat kami untuk bermain menentang pasukan gergasi ini. 

Kami anggap ia satu tanggungjawab besar dan kami akan berikan yang terbaik. Kami mengalu-alukan kehadiran mereka di Malaysia, namun kami juga bertekad untuk menang perlawanan ini.”