“Perjalanan Nova Esports bukan mudah kali ini tapi kami berjaya dapatkan slot ke Esports World Cup!”

61

Temubual bersama pengurus pasukan HOKMY Nova Esports, Noel selepas tamat perlawanan Upper Bracket Semifinals MY Honor of Kings League Spring 2025 menentang pasukan All Gamers Global di Sunway Pyramid Shopping Mall.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 3-2 berpihak kepada Team Nova Esports. Mereka akan mewakili Malaysia ke Honor of Kings World Cup 2025 di Riyadh, Arab Saudi.