United mulakan usaha untuk pancing Gyokeres

81

Manchester United dilaporkan telah membuat pendekatan awal dengan Sporting CP untuk menandatangani bintang Sweden, Viktor Gyökeres.

Penyerang berusia 27 tahun itu menjadi pemain idaman jurulatih The Red Devils, Ruben Amorim – jurulatih yang pernah membimbingnya di Sporting Lisbon – bagi menyelesaikan masalah di bahagian depan United.


Gyokeres difahamkan mempunya kata sepakat (gentleman’s agreement) dengan Lisbon yang membolehkan beliau pergi pada harga antara £58–60 juta, jauh di bawah klausa pelepasan yang sepatutnya iaitu £84 juta.

Musim lalu, Gyokeres meledak dengan 54 gol dalam 52 penampilan – termasuk hat‑trick mengejutkan menentang Manchester City di Liga Juara-Juara – sekaligus memenangi gelaran penjaring terbanyak Liga Poertugal dua tahun berturut-turut.

Selain daripada United, pemain itu juga turut dikaitkan dengan kelab lain seperti Arsenal, Juventus dan beberapa kelab Arab Saudi.

Selain daripada fokus untuk membawa masuk pemain, United juga kini sedang giat untuk mempertimbang tawaran untuk pemain-pemain yang tidak lagi diperlukan seperti Marcus Rashford, Jadon Sancho, Alejandro Garnacho dan Antony.

Keutamaan adalah untuk menjual pemain-pemain tersebut secara kekal, namun tawaran pinjaman juga turut dipertimbangkan sekiranya tiada kata putus untuk perpindahan secara kekal.