Pemain tempatan perlu tunjuk mereka setaraf bintang antarabangsa – Safee Sali

138

Bekas penyerang utama skuad Harimau Malaya, Safee Sali, mahu pemain-pemain tempatan yang sedang berjuang mencipta nama di pentas bola sepak terus percaya pada diri sendiri dan rebut setiap peluang yang ada.

Menurut Safee, keyakinan diri adalah kunci utama dalam menonjolkan potensi sebenar.


“Yang penting adalah mereka perlu yakin dengan diri sendiri, kebolehan mereka sendiri. Ya, saya faham kompetitif sekarang sangat luar biasa dan sangat tinggi. Itu adalah satu perkara yang sangat baik untuk kita push diri kita untuk berada di tahap yang sangat tinggi.

Benda ini saya sentiasa optimis dan melihat peluang yang sangat besar untuk pemain kita belajar dan grow dengan setanding pemain yang hebat di luar sana. Ini peluang mereka untuk belajar dan meletakkan diri mereka sebaris pemain antarabangsa yang lain,” 

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Safee bakal kembali turun beraksi bergandingan bersama Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dalam kejohanan Zurich Liga 7×7 yang akan turut dibarisi bintang dunia seperti Ryan Giggs, Dimitar Berbatov dan John Terry.

“Peluang yang sangat besar untuk pemain kita belajar kembali gandingan saya dan Mat Yo. Alhamdulillah, perasaan itu saya tak dapat gambarkan sebab pemain Malaysia. Hanya pemain Malaysia yang bermain di Asia Tenggara dikenali dan diangkat setaraf dengan Ryan Giggs.”

Sementara itu, Safee bertekad untuk tidak mengecewakan para peminat dan semua pihak yang telah menyokong serta mengangkat namanya ke tahap tersebut. 

Tambahnya lagi, peluang seperti ini menjadi satu ruang penting untuk membuktikan bahawa pemain Malaysia juga memiliki kemampuan untuk beraksi di pentas antarabangsa dan setanding dengan pemain bertaraf dunia.