Honor of Kings Plus: Kemas kini terbesar dilancarkan 24 Jun
Honor of Kings, permainan MOBA paling popular di dunia, bersedia melancarkan kemas kini terbesar dalam sejarahnya — dikenali sebagai Honor of Kings Plus — bermula 24 Jun.
Kemas kini ini bukan sekadar penambahbaikan, tetapi satu revolusi penuh ciri baharu yang diinspirasikan terus daripada maklum balas komuniti global, dan semuanya ditawarkan secara percuma.
Antara pembaharuan utama ialah pengenalan Flowborn — avatar peribadi pertama dalam genre MOBA.
Ia bukan sekadar hero, tetapi cerminan pemain dengan tahap penyesuaian fizikal, pakaian dan gaya tersendiri. Versi pertama, Flowborn – Marksman, tersedia mulai 24 Jun, diikuti versi Tank dan Mage pada bulan Julai.
Sistem penilaian juga diperbaharui, memberi lebih pengiktirafan kepada pemain cemerlang — termasuk pemberian Bintang walaupun dalam kekalahan.
Pemain kini diberi ganjaran berdasarkan prestasi individu dan Highlight Moments seperti solo menewaskan kristal atau bertahan seorang diri dalam situasi getir.
Untuk memudahkan komunikasi global, sistem transkripsi suara-ke-teks masa nyata diperkenalkan, menyokong Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Indonesia.
Sistem pertempuran turut dipertingkat dengan penyesuaian minion, Sprite dan turet, selain Honor Pass baharu yang lebih intuitif dan penuh ganjaran.
Sepanjang bulan pertama, pemain akan menerima Elite Pass secara percuma, termasuk skin eksklusif dan token bernilai tinggi.
Pendek kata, Honor of Kings Plus bukan sekadar kemas kini — ia permulaan era baharu.