“10 tahun berkelana di Filipina, Aiman teruja beraksi di hadapan peminat tanah air Julai depan!

88

Perlu penajaan untuk ‘Homecoming Fight Aiman Abu Bakar’! Ini demi kelangsungan perjalanan kerjaya saya!”

Temubual eksklusif bersama Aiman Abu Bakar, atlet tinju profesional negara yang juga Juara WBC Asia pada 2024. Anak kelahiran Kuala Lumpur itu sebelum ini telah melebarkan sayapnya di Filipina hampir sedekad sejak 2015 dan bakal menganjurkan ‘Homecoming Fight Aiman Abu Bakar’ pada Julai depan untuk menyantuni peminat tanah air.


Memasuki fasa awal persediaan menuju kejohanan, Aiman mengakui masih bergelut dengan isu penajaan terutamanya dari segi kewangan dan berharap ada pihak yang dapat membantu demi kelangsungan kerjayanya dalam sukan tinju.

Untuk maklumat penajaan, boleh terus hubungi beliau di akaun Instagram, Aiman Abu bakar atau di alamat emel ab.co.official@gmail.com

#harimaumalaya #demimalaysia #suarapenyokong #aimanabubakar