Arsenal lengkapkan perpindahan Christian Norgaard dari brentford

141

Arsenal terus memperkukuh jentera tengah mereka apabila menandatangani Christian Norgaard dari Brentford dalam satu perpindahan bernilai £15 juta. 

Dipetik dari BBC, pemain tengah berpengalaman dari Denmark itu menandatangani kontrak selama dua tahun bersama pilihan lanjutan setahun, dengan yuran asas sekitar £10 juta dan tambahan £5 juta bergantung kepada prestasi.


Norgaard, 31, telah menjadi pemain utama di Brentford sejak berpindah dari Fiorentina pada tahun 2019. 

Sepanjang lima musim bersama The Bees, beliau membuat 196 penampilan dan memainkan peranan penting dalam membantu kelab tersebut naik ke Liga Perdana Inggeris pada 2021. 

Beliau juga pernah dilantik sebagai kapten pasukan, membuktikan nilai kepimpinan dan konsistensinya di tengah padang.

Perpindahan ke Arsenal dianggap sebagai langkah besar dalam kerjayanya, apatah lagi dengan peluang beraksi dalam saingan UEFA Champions League buat kali pertama.

“Saya hampir sebak kerana impian saya sejak kecil akhirnya menjadi kenyataan. Ini peluang untuk bermain dalam Liga Juara-Juara, sesuatu yang saya fikir tidak mungkin dicapai,” kata Norgaard.

Beliau menjadi rekrut ketiga Arsenal pada musim panas ini selepas ketibaan Martin Zubimendi dan Kepa Arrizabalaga. 

Skuad kendalian Thomas Frank kini turut dikaitkan dengan pemain Sporting, Viktor Gyokeres dan pemain sayap Chelsea, Noni Madueke dalam usaha memperkukuh skuad menjelang musim baharu.