Arsenal sah dapatkan Cristhian Mosquera dari Valencia

96

Arsenal kini sah memperoleh khidmat pertahanan muda berbakat, Cristhian Mosquera dari Valencia dengan nilai perpindahan awal sebanyak £13 juta, beserta tambahan bergantung kepada prestasi. 

Dipetik dari Skysports, pemain berusia 19 tahun itu juga telah bersetuju secara prinsip untuk menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Premier League itu.


Mosquera dijangka tiba di London dalam masa 24 hingga 48 jam untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melengkapkan urusan perpindahan. 

Arsenal berharap semuanya dapat diselesaikan sebelum skuad berlepas ke Asia bagi siri jelajah pra-musim hujung minggu ini.

Pemain kelahiran Sepanyol itu telah membesar bersama akademi Valencia sejak usia 12 tahun dan berjaya menembusi skuad utama musim lalu. 

Dalam temu bual bersama Radio Marca Valencia, Mosquera berkata: “Ini rumah saya dan akan sentiasa begitu. Saya datang sebagai seorang budak dan pergi sebagai seorang lelaki. Saya sedikit sedih.”

Dengan reputasinya sebagai salah seorang pertahanan muda paling menjanjikan di La Liga, kehadiran Mosquera dijangka memperkukuh barisan pertahanan Arsenal menjelang musim 2025/26.