Chelsea sasar Simons, Garnacho dan Rogers

76

Chelsea terus aktif di pasaran perpindahan dengan menyasarkan beberapa bintang muda berprofil tinggi termasuk Xavi Simons (RB Leipzig), Alejandro Garnacho (Manchester United), Morgan Rogers (Aston Villa) dan Kenan Yildiz (Juventus).

Dipetik dari Skysports, selepas menandatangani Liam Delap dan Joao Pedro, The Blues bercadang memulakan musim baharu dengan sekurang-kurangnya tiga pemain berkualiti di posisi nombor 9. 


Namun, andai Nicolas Jackson meninggalkan kelab, Chelsea dijangka mempertimbangkan pemain sayap sebagai alternatif kerana Joao Pedro dan Pedro Neto juga mampu beraksi di posisi tengah serangan.

Jackson kini menjadi rebutan, dengan nilai yang diletakkan sekitar £80 juta hingga £100 juta. Manchester United antara kelab yang dilaporkan memantau perkembangannya. 

Chelsea bagaimanapun tidak terdesak untuk menjual penyerang tersebut yang masih mempunyai lapan tahun dalam kontraknya.

Jika perpindahan berlaku, yuran perpindahan Jackson dijangka menyamai atau melepasi nilai £79 juta yang dibayar Liverpool untuk Hugo Ekitike. 

Statistik menunjukkan Jackson mempunyai rekod jaringan dan penglibatan gol yang lebih baik berbanding Ekitike dalam dua musim terakhir.