Crystal Palace berharap dapat kembali ke Europa League

92

Crystal Palace telah mengemukakan rayuan rasmi kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas disingkirkan daripada saingan Europa League ke Conference League.

Dipetik dari BBC, rayuan itu difailkan terhadap UEFA, Lyon dan Nottingham Forest, selepas badan induk bola sepak Eropah mendapati Palace melanggar peraturan pemilikan pelbagai kelab.


Pemilik bersama Palace, John Textor, juga merupakan pemilik majoriti kelab Perancis, Lyon — yang turut layak ke Europa League. 

Peraturan UEFA melarang dua kelab dengan pemilikan yang sama bertanding dalam kejohanan yang sama. 

Palace gagal memenuhi tarikh akhir 1 Mac 2025 untuk menyerahkan bukti penstrukturan semula pemilikan.

Sekiranya rayuan itu tidak diterima, tempat Palace akan digantikan oleh Nottingham Forest. 

Dalam rayuan itu, Palace memohon agar keputusan UEFA dibatalkan dan mereka dimasukkan semula ke Liga Europa.

Pengerusi Palace, Steve Parish menegaskan bahawa Textor tidak mempunyai pengaruh menentukan dalam kelab, dan percaya keputusan UEFA adalah tidak adil. 

Keputusan rayuan dijangka diumumkan selewat-lewatnya 11 Ogos — sebelum perlawanan play-off Conference League bermula pada 21 Ogos. 

Palace kini berharap harapan mereka untuk kembali ke pentas Eropah masih belum tertutup.