‘Bah’ besar ganggu persiapan penyokong bola sepak Terengganu, Kelantan dan Pahang
Banjir besar yang melanda negeri-negeri pantai timur dilihat sedikit sebanyak mengganggu persiapan penyokong bola sepak terutamanya di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Di Terengganu, banjir buruk itu melanda kawasan pedalaman dan kawasan rendah terutamanya di Hulu Terengganu, Kemaman dan juga Setiu. Selain itu, penduduk di kawasan Kuala Terengganu juga turut berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila paras air sudah mula naik.
Allahuakbar.. Kg Dadong Air Puteh Kemaman.#PrayForTerengganu #BanjirGanu pic.twitter.com/NmaVrQJ5yd
— TERENGGANU (@11Terengganu) February 27, 2022
Paras air sungai di Pulau Warisan malam ini.
— TERENGGANU (@11Terengganu) February 27, 2022
📹 Zulkifli Abu Bakar pic.twitter.com/VarQu0iM78
Wakil Ultras Tranung menjelaskan bahawa aktiviti sukan bola sepak di negeri Terengganu turut terjejas apabila liga-liga tempatan tidak dapat dijalankan berikutan padang tidak dapat digunakan.
“Sebulan dua ini agak rancak dengan liga-liga local, padang pula banyak dah tenggelam. Sudah pastilah ramai yang terjejas.”
katanya kepada Harimau Malaya
Selain itu juga, bercakap mengenai pertembungan menentang Pahang hujung minggu ini, beliau memberitahu bahawa perancangan away day masih diteruskan bergantung kepada situasi semasa.
“Setakat ini plan ke Pahang masih diteruskan macam biasa. Selagi tiada sekatan air ke sana, insyaAllah akan sampai”
“Namun, mungkin ada pengurangan daripada jumlah penyokong berikutan banjir yang berlaku”
katanya kepada Harimau Malaya
بسم الله الرحمن الرحيم.
— Ultras Tranung (@UltrasTranung) February 27, 2022
YA ALLAH..
Kau permudahkanlah urusan kami, ahli keluarga kami, jiran-jiran kami, saudara-saudara kami dalam menghadapi ujian banjir di Terengganu khususnya di Hulu Terengganu. Lindungilah mereka dari bencana yang menimpa mereka. Amin Ya Rabbal Alamin. pic.twitter.com/YfOfP93oDo
Wakil daripada Gate H Boys yang mahu dikenali sebagai Pak Chu pula menjelaskan bahawa berkemungkinan besar untuk away day, ianya akan diteruskan oleh kumpulan ultras yang berada di Lembah Klang sahaja.
Hal ini berikutan kebanyakan penyokong yang berada di Kelantan turut terjejas akibat bencana buruk yang berlaku.
“Untuk away day, mungkin pergerakan GHB dari Lembah Klang sahaja diteruskan, cuma tiada pergerakan dari GHB dari Kelantan”
katanya kepada Harimau Malaya
Sementara itu, wakil Elephant Army turut memberikan reaksi mengenai situasi semasa yang turut menimpa negeri Pahang.
“Kami bersimpati dengan apa yang menimpa rakyat Pahang dan mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan”
katanya kepada Harimau Malaya