Thomas Partey sertai Villarreal di sebalik pertuduhan jenayah seksual

64

Pemain tengah antarabangsa Ghana, Thomas Partey, sah menyertai Villarreal selepas kontraknya bersama Arsenal tamat hujung Jun lalu. 

Dipetik dari BBC, pemain berusia 32 tahun itu pernah menyertai The Gunners dari Atletico Madrid pada 2020 dengan yuran perpindahan bernilai £45 juta.


Namun, perpindahan ini mencetuskan kontroversi apabila hanya empat hari selepas meninggalkan Arsenal, Partey telah dakwa atas lima pertuduhan rogol dan satu pertuduhan serangan seksual melibatkan tiga wanita. 

Beliau menafikan semua pertuduhan dan telah dibebaskan dengan ikat jamin bersyarat, termasuk larangan menghubungi mangsa dan keperluan memaklumkan perubahan alamat atau perjalanan luar negara.

Villarreal dalam kenyataannya menegaskan bahawa mereka menghormati prinsip “tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya” dan akan menunggu hasil proses kehakiman sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut. 

Kelab Sepanyol itu juga menyatakan komitmen terhadap nilai hormat, kepelbagaian dan menentang segala bentuk keganasan.

Perlantikan Partey telah mencetuskan reaksi balas daripada penyokong, dengan lebih 1,000 tandatangan dikumpulkandalam petisyen membantah perpindahan tersebut. Partey dijadualkan hadir di Mahkamah Old Bailey pada 2 September 2025.