Kinoshi puji persembahan Selangor FC, janji lebih baik di perlawanan seterusnya

222

Selangor FC membuka kempen ASEAN Club Championship (ACC) Shopee Cup 2025/26 Kumpulan A dengan keputusan positif apabila berjaya mengikat juara bertahan, Buriram United FC, 1-1 di Stadium Buriram.

Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi menyifatkan persembahan anak buahnya sebagai memuaskan terutama di babak pertama. Bagaimanapun, beliau menegaskan masih banyak ruang penambahbaikan perlu dilakukan menjelang perlawanan seterusnya.


“Babak pertama saya sangat berpuas hati, tetapi perlawanan ini mengajar kami bahawa Buriram adalah pasukan yang sangat teratur dengan ramai pemain berkualiti.

Kami mesti lebih kuat, lebih berpasukan dan lebih disiplin dalam latihan. Pada aksi di tempat sendiri nanti, kami mesti lakukan lebih baik,”

katanya.

Dalam pada itu, Kinoshi turut mengulas mengenai pemain sayap Thailand, Picha Autra, yang tidak disenaraikan dalam skuad kali ini atas faktor taktikal. 

Namun beliau menegaskan Picha tetap berada dalam perancangan masa depan pasukan.

Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada penyokong yang hadir, sambil meminta mereka terus memberikan sokongan dalam semua pertandingan.

“Kami perlu membalas sokongan anda dengan keputusan yang lebih baik.”

Sementara itu, dengan satu mata berharga di tempat lawan, Selangor kini menumpukan perhatian kepada aksi domestik serta cabaran AFC Champions League Two (ACL 2).