Arsenal lega Saka & Odegaard tidak cedera serius

101

Arsenal boleh menarik nafas lega apabila imbasan terhadap Bukayo Saka dan Martin Odegaard mengesahkan kedua-duanya tidak mengalami kecederaan jangka panjang, meskipun terpaksa dikeluarkan lebih awal dalam kemenangan 5-0 ke atas Leeds United.

Dipetik dari BBC, Odegaard dikeluarkan pada separuh masa pertama selepas mengalami kecederaan bahu, manakala Saka digantikan pada babak kedua akibat masalah hamstring. 


Pengurus Mikel Arteta pada awalnya bimbang kecederaan Saka agak serius, namun laporan perubatan menafikan kebimbangan itu.

Musim lalu, Saka pernah terpaksa berehat empat bulan akibat kecederaan hamstring kanan, tetapi kali ini isu yang dialami tidak melibatkan kaki yang sama.

Sementara itu, Arsenal masih kehilangan Kai Havertz yang mengalami kecederaan lutut, namun kelab bertindak pantas membawa masuk Eberechi Eze dari Crystal Palace dengan yuran £60 juta bagi mengurangkan impak.

Arsenal dijangka kembali beraksi menentang Liverpool dalam saingan Premier League pada 31 Ogos ini.