Kami tiada jalan lain, dua perlawanan berikutnya wajib – Fairuz Montana

112

Pembantu jurulatih Kelana United FC, Fairuz Montana tetap berpuas hati dengan persembahan skuad bimbingannya meskipun hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang SI-Asiagoal dari Kyrgyz Republic dalam aksi pertama Kumpulan C AFC Women’s Champions League 2025/26 Preliminary Stage, semalam.

Menurut Fairuz, barisan pemainnya telah memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang 90 minit, namun kurang bernasib baik untuk menjaringkan gol.


“Syukur Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan kesemua pemain kerana mereka berikan 100%. Cuma rezeki tidak menyebelahi kami malam ini.

Kalau peluang terakhir itu berjaya disempurnakan, mungkin tiga mata jadi milik Kelana United,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Mengulas mengenai kehadiran muka baharu termasuk pemain import, Fairuz menegaskan faktor komunikasi dan sikap mudah mesra pemain memudahkan proses membina keserasian pasukan.

“Pemain asing kita cepat serasi, mudah berbincang dan berkomunikasi. Itu yang membantu membentuk chemistry walaupun dalam masa singkat.”

Sementara itu, ditanya peluang pasukan untuk mara, Fairuz optimis Kelana United masih berpeluang dengan syarat memenangi baki dua perlawanan.

“Kami tiada jalan lain. Dua perlawanan berikutnya wajib dimenangi. Harapan saya seluruh rakyat Malaysia mendoakan kami agar berjaya mara ke pusingan seterusnya.”