Amorim anggap aksi Eropah sebagai peluang terbaik Manchester United

73

Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim percaya ketiadaan saingan Eropah musim ini memberi ruang terbaik untuk pasukannya membina asas kukuh. 

Dipetik dari BBC, United gagal layak ke mana-mana kejohanan Eropah selepas menamatkan saingan Premier League di tangga ke-15 serta tewas dalam final Europa League kepada Tottenham.


Ketiadaan itu bermakna United perlu memulakan kempen Piala Carabao lebih awal, dengan perlawanan menentang Grimsby Town dari League Two menjadi ujian pertama mereka. 

Bagi Amorim, perkara itu bukan masalah besar, sebaliknya kelebihan kerana mempunyai lebih banyak pertengahan minggu yang lapang untuk menggilap taktikal dan keserasian pemain.

“Kami tidak bersedia untuk bersaing dalam dua pentas besar serentak. Apa yang penting sekarang ialah membangunkan pasukan ini secara berperingkat,” jelasnya.

Amorim dijangka melakukan penggiliran pemain bagi mengharungi jadual padat, termasuk memberi peluang kepada Kobbie Mainoo, Manuel Ugarte dan Joshua Zirkzee, di samping Andre Onana yang berpotensi kembali mengawal gawang.

Dengan hanya satu mata dikutip daripada dua aksi liga, Amorim menganggap Piala Carabao sebagai misi penting kerana ia satu-satunya laluan segera ke pentas Eropah musim depan.