Kemenangan ini bukti Selangor kembali lebih kuat – Noor Al-Rawabdeh

138

Pemain import Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh meluahkan rasa syukur selepas membantu Red Giants meraih kemenangan bergaya 5-2 menewaskan Terengganu FC dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ.

Bintang tengah dari Jordan itu mengakui kejayaan pasukannya berpunca daripada persediaan rapi serta semangat untuk bangkit selepas kekalahan mengejut kepada Negeri Sembilan FC sebelum ini.


“Kami mahu tunjukkan kepada semua bahawa Selangor kembali lebih kuat. Dalam latihan kami saling mengingatkan diri untuk lebih fokus, dan alhamdulillah malam ini semua berjalan dengan baik. 

Penyokong juga tetap bersama kami, mereka layak pulang dengan senyuman,”

katanya.

Dalam pada itu, Noor tidak menganggap tekanan di atas padang bukan satu beban, sebaliknya menjadi motivasi untuk terus kekal di tahap tertinggi.

“Jika mahu berada di puncak, kita perlu sentiasa bersedia menghadapi tekanan.”

Meskipun beraksi dalam keadaan tidak sihat, Noor tetap mahu memberikan segalanya demi penyokong. 

Sementara itu, beliau turut menyifatkan kemenangan ini sebagai momentum terbaik sebelum berlepas menyertai skuad kebangsaan Jordan.

“Selepas kembali dari kecederaan, dapat bermain dalam perlawanan penting sebegini memang beri semangat besar. Insya-Allah saya sudah bersedia untuk tugasan antarabangsa.”