Richard Chin optimis akan turun beraksi menentang Palestin

184

Pemain Harimau Malaya, Richard Chin, optimis beliau mungkin akan mendapat peluang beraksi dalam perlawanan seterusnya menentang Palestin selepas membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan dalam kemenangan 2-1 ke atas Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Richard mengakui pengalaman pertama bersama skuad negara memberikan suntikan keyakinan, terutama apabila dikelilingi ramai pemain berkualiti dan berpengalaman.


“Ia satu pengalaman yang sangat baik. Ramai pemain yang bagus, khususnya di bahagian pertahanan. Saya gembira dapat mengenali semua orang dengan lebih rapat,” 

katanya.

Mengulas mengenai peluang menentang Palestin, pemain muda itu tampil positif namun realistik.

“Ya saya harap akan dapat peluang. Kalau tidak, saya akan tetap bersedia. Pengalaman hari ini sangat baik, jadi kita lihat nanti apa yang berlaku.”

Jika diberi kesempatan, Richard yakin beliau mampu membawa impak tersendiri buat pasukan.

“Saya akan cuba beri perkara positif – banyak berlari, bermain secara langsung dan pastinya dengan senyuman di wajah.”