Rashford menyinar di pentas Eropah, dua gol bantu Barcelona jinakkan Newcastle

96

Marcus Rashford mencuri tumpuan pada penampilan sulungnya bersama Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara apabila meledak dua gol menewaskan Newcastle United di St James’ Park.

Dipetik dari BBC, Rashford yang dipinjamkan dari Manchester United tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan pada minit ke-58 apabila menanduk masuk hantaran Jules Kounde. 


Sembilan minit kemudian, penyerang England itu sekali lagi menggegarkan gawang lawan dengan rembatan kencang dari jarak 20 ela yang terus menerjah jaring selepas terkena palang, meninggalkan penjaga gol Nick Pope terpaku.

Gol itu juga menamatkan penantian hampir empat tahun Rashford untuk kembali menjaringkan gol dalam saingan elit Eropah. 

Aksinya mendapat penghormatan penuh apabila penyokong Barcelona berdiri memberi tepukan ketika dia digantikan pada baki 10 minit terakhir.

Newcastle sempat merapatkan kedudukan melalui Anthony Gordon pada masa kecederaan, namun keampuhan barisan Barcelona memastikan kemenangan kekal 2-1. 

Malam penuh bergaya itu sekali gus mengukuhkan reputasi Rashford sebagai penyerang berbisa di pentas Eropah.