Kami nak buktikan sesuatu, bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri – CikuGais
Team CG Esports terus menunjukkan taring dalam MPL MY S16 apabila meraih kemenangan 2-0 ke atas Team Monster Vicious, sekali gus mengekalkan rekod sempurna tiga kemenangan daripada tiga perlawanan.
Bagi bintang mereka, CikuGais, kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan semangat sepasukan.
“Alhamdulillah, kita berjaya dapat 2-0 all the way. Happy dan bangga dengan pencapaian tim sekarang. Tapi kena berhati-hati juga, sebab lepas ni pasukan lain pasti mula kaji corak permainan kita,”
katanya kepada Harimau Malaya.
CikuGais turut menegaskan bahawa kecaman awal terhadap CG Esports dijadikan motivasi.
“Kalau kita betul-betul nak ke M7, kita kena kerja keras. Kami nak buktikan sesuatu, bukan sahaja untuk orang lain, tapi untuk diri kami sendiri juga.”
Dalam pada itu, mengulas persiapan menentang SRG minggu depan, CikuGais menyifatkan ia ujian penting.
“Kalau kalah, kita tahu apa yang perlu diperbaiki sebelum playoff. Kalau menang, itu bukti kita ada peluang ke pentas antarabangsa.”
Baginya, kekuatan CG Esports terletak pada keserasian dan sistem disiplin yang dibawa jurulatih Kody.
Sementara, CikuGais turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong setia.