Biasiswa Bakat Dashing: Peluang emas menuju pentas bola sepak Eropah

2,565

Impian untuk beraksi di pentas bola sepak antarabangsa kini semakin hampir! 

Program Biasiswa Bakat Dashingmembuka peluang keemasan buat bakat muda tanah air untuk dilatih secara eksklusif di Pusat Latihan Tottenham Hotspur, UK – salah satu akademi bola sepak ternama di dunia.


Penyertaan cukup mudah dan percuma! Hanya perlu rakam aksi terbaik skil bola sepak anda selama 15-60 saat, muat naik di TikTok atau Instagram, kemudian tag @biasiswabakatdashing serta gunakan hashtag #biasiswabakatdashing dan paling penting pastikan akaun sosial media anda dibuka (public).

Sekiranya terpilih, anda akan menerima mesej terus (DM) daripada akaun rasmi Biasiswa Bakat Dashing.

📅 Tempoh Permohonan: 1 Ogos – 30 September 2025
✈️ Hadiah Utama: Latihan intensif di Tottenham Hotspur Training Centre, UK

Inilah masanya untuk menunjukkan bakat anda kepada dunia. Jangan lepaskan peluang untuk melangkah lebih jauh dalam karier bola sepak dan buktikan kemampuan anda di pentas antarabangsa.

Tunggu apa lagi? Sertai sekarang dan jadilah antara bintang masa depan bola sepak Malaysia! 🌟

Maklumat lanjut dan borang penyertaan di sini 👉 https://tinyurl.com/353nv9tn