Tiada rombakan besar, Selangor FC fokus aksi menentang Tampines Rovers – Kinoshi
Selangor FC bakal turun menentang Tampines Rovers FC dari Singapura dalam aksi ASEAN Club Championship (Shopee Cup) di Stadium MBPJ dengan tekad untuk bangkit selepas dua kekalahan berturut-turut.
Menurut ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi menegaskan bahawa tiada rombakan besar dalam kesebelasan utama, sebaliknya hanya sedikit perubahan taktikal yang dijangka dilakukan.
“Secara jujur, mungkin hanya rombakan kecil,”
katanya.
Kinoshi turut mengakui jadual yang singkat memberi cabaran besar, namun menegaskan pemain sudah bersedia secara mental dan fizikal.
“Kami mesti bersedia walaupun hanya ada dua hari pemulihan. Itu sebahagian daripada tanggungjawab kami.”
Dalam pada itu, Kinoshi juga menekankan bahawa penyertaan Selangor dalam kejohanan peringkat ASEAN memberi peluang penting untuk menilai tahap sebenar bola sepak tempatan.
“Kalau mahu menjadi lebih baik, kita mesti lawan pasukan yang lebih kuat.”
Sementara itu, beliau turut menyeru penyokong agar terus berdiri bersama pasukan.
“Anda boleh salahkan saya, tetapi tolong sokong pemain.”
Dengan keyakinan bahawa skuadnya masih mampu memberi tentangan sengit, Selangor kini menumpukan sepenuh perhatian untuk mencatat keputusan positif demi mengembalikan momentum.